Tuesday, September 28, 2010

REFLEKSI.

        Saya Thiganya A/P Narisamulu dari opysen prasekolah. Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada pensyarah teknologi maklumat saya, En. Nik Ibrahim untuk mengajar kami membuat blogspot. Pada mulanya saya tidak tahu  apa itu blogspot dan bagaimana mencipata blogspot sendiri.
       
        Dengan tunjuk ajar pensyarah saya dapat mencipta blog saya sendiri dengan jayanya. Saya juga publish beberapa perkara dalam dalam blog saya. Saya telah masukkkan isu semasa sukan dalam blog saya. Dengan ini saya  dapat mengetahui isu-isu semasa dalam negara kita. Beliau membenarkan kami untuk mengkongsi dan membincang tentang sesuatu topik dengan menggunakan blogspot. Sekian terima kasih.
PENGKELASAN KOMPUTER1. Main Frame
Bersaiz besar dan berkupayaan tinggi. Harganya mahal .Ia boleh mengendalikan berjuta-juta pengiraan sesaat .
Cth: IBM4361, FACOM
Termasuk dalamkomputersaiz besar danmempunyai keupayaan hampir menyamai main frame(kerangka utama ) malah ada yang menganggap ia lebih berkeupayaan jika dibandingkan dengan ciri-ciri main frame. Ia boleh mengendalikan berbilion arahan dalam sesaat.
2. SuperKomputer
Cth:CRAY-X-MPFACOM-VP, HITACHI

PENGKELASAN KOMPUTER

Mini komputer bersaiz sederhana besar dan mempunyai keupayaan yang sederhana. Harganya pula lebih rendah daripada super komputer.3. Mini Komputer4. PC/Mikro KomputerKomputerbersaiz kecil seperti komputer peribadi komputer bimbit dan komputer berangkai( network )


PENGKELASAN KOMPUTER
5. Palmtop/Notebook (Komputer Riba/Peribadi)

SISTEM KOMPUTER

Komponen Komputer terbahagi2 : •Perkakasan (hardware) •Perisian (software)
Perkakasan (Hardware)
•Monitor •Keyboard •CPU Floppy Disk Drive (Pemacu Disket) CD ROM Drive (Pemacu CD) Motherbord (Papan Utama) Power Supply RAM Cip Sound card (Kad Bunyi) Video card (Kad Tayangan) Network card (Kad Rangkaian) Internal modem card Hard Disk
Perkakasan (Hardware)
• • • • • • • • Mouse Printer Automatic Voltage regulator Scanner Speaker Microphone Modem Joystick (kayuria)
Perisian (Software)
• • • • • • • • • • System Tools/Utilities Aplications Word processing Spread sheet Graphics Data bases CAD Games Educations
BAHAGIANKOMPUTER

1. Peranti INPUT 2. Peranti PEMPROSES 3. Peranti OUTPUT
PERANTI INPUT Input Devices
• Keyboard • Scanner • Bar Code Reader • Mouse • Microphone • Camera • Touch Screen Monitor • OMR • OCR • RFID transponder
PERANTI PEMPROSES • Micro Processor
PERANTI OUTPUT Output Devices
• Plotter/Pemplot • Monitor • Pencetak –CRT –LCD – Laser • Standard – Inkjet • TFT – Dotmatrix • Speaker – Daisy wheel • Projector – Thermal printer – Line printer
SISTEM UNIT
• • • • • • • • • • • • Papan sistem (motherboard) Processor Ingatan – RAM, ROM dan CMOS CPU Clock system dan bateri Display card, Sound card Multi I/O card Printer port (parallel), Seriel port, USB port Modem dan NIC Power supply unit Disk controller card Expansion slots
CPU
• CPU ( Central Processing Unit ) atau Unit Pemprosesan Pusat • Komponen-komponen CPU ( Central Processing Unit ) CPU mengandungi : 1. Punca bekalan Kuasa Elektrik ( Power Supply ) 2. Papan litar Utama ( Main Board / Mother Board ) 3. Mikro Prosessor (Processor) 3. Kad Tayangan ( Display Card/VGA Card/Video Card ) 4. Cip Ingatan ( RAM chip ) 5. Cakera Keras ( Hard Disk Drive ) 6. Pemacu cakera liut ( Floppy Disk Drive ) 7. Kad Bunyi ( Sound Card ) - Aksessori Multimedia 8. Pemacu Cakera Padat ( CD Drive )- Aksessori Multimedia
CPU-BRIDGE Untuk slot INTEL PII atau biasa dipanggil Slot A
CPUBRIDGE
Motherboard Pentium III 350
CPU-MMX (motherboard socket 7)
CPUBRIDG E
MIKRO PROSESSOR
Prosessor adalah otak komputer.Tugasnya ialah memproses arahan dan maklumat. Ia adalah sejenis litar bersepadu.
Prosessor Pentium 4
MIKRO PROSESSOR
PENTIUM
48 6
CPU-PENTIUM II Untuk motherboard jenis slot A atau slot 1. model terakhir PII 350 mhz diikuti oleh PIII 400 mhz
(PERUBAHAN REKABENTUK)
PII,PIII TO P4
Pentium 4 Terkini
Tapak CPU macam Pentium II
Pentium Technology
Diperkenalkan pada tahun 1993 generasi kelima
dengan menggunakan teknologi BICMOS menggantikan teknologi CMOS. Kelajuan memproses CMOS hanya setakat 66mhz sahaja tetapi dengan teknologi BICMOS kelajuan sudah melebihi 3000mhz (3gigahertz).
Generasi kedua Pentium dilengkapi dengan Advanced Programmable Interrupt Controller (APIC) dan Dual Processor Interface. Kedua chip ini membolehkan motherboard mempunyai 2 CPU berfungsi serentak.
BICMOS (Bipolar complementary metal oxide semucinductor CMOS (Complementary metal oxide semiconductor)
INGATANKOMPUTERMemory Computer

ROM (read-only-memory)
program disimpan secara kekal program tidak boleh diubah kecuali jenis EPROM program untuk mengawal perkakasan (BIOS) dan perisian semasa komputer digunakan
RAM (random-access-memory)
Storan berkerja sementara seperti semasa menggunakan aplikasi ms office, platform window dsbnya. Keluasan RAM diukur dalam ukuran Bait ( Bytes ).
INGATAN KOMPUTER Memory Computer

Sistem 286 dikeluarkan dengan1024 K sistem 386 dibekalkan dengan 2 Mb sistem 486 dibekalkan dengan 4 Mb Sistem Pentium 75/90 dibekalkan dengan 8 Mb Sistem Pentium 100-200 dibekalkan dengan 16 Mb Sistem Pentium 166 mmx- 233 mmx dibekalkan dengan 8 Mb Sistem Pentium II dibekalkan dengan 32 Mb Sistem Pentium III dibekalkan dengan 64 Mb Sistem Pentium IV dibekalkan dengan 256 Mb Sistem Pentium D dibekalkan dengan 1 GB
PENINGKATAN INGATAN KOMPUTER

1. Pengguna program-program DOS ( Aplikasi DOS ) hanya memerlukan tidak lebih daripada 2 Mb RAM. 2. Pengguna WINDOWS dan GRAFIK era 90an memerlukan sekurang-kurangnya 4 Mb RAM. 3. Perisian dan kerja grafik yang mempunyai resolusi gambar yang tinggi dan kandungan warna yang banyak dari 256 warna hingga 16 Juta . Pengguna memerlukan RAM dari 8 Mb hingga 16 Mb dan sistem yang sokongan sekurang-kurangnya 486 DX ke atas. 4. Kini pengguna PC era 2000 lebih menggemari komputer yangmempunyai RAM sekurang-kurangnya 500 MB dan mencapai 1GB untuk menyokong grafik berevolusi tinggi 32 bit. Peningkatan keupayaan papan induk dan RAM perlu selaras dengan peningkatan keupayaan CPU
FUNGSI ROM-BIOS
• FD support 1.44m, 2.88m • ATA-IDE hard disk detection, CD-ROM detection • Adding compatibility to VGA display • Adding support for additional ports: USB, Seriels, parallel port etc • Password protection • Virus protection • Date and time setting • Support block-mode programmed I/O transfers for ATA-IDE hard disk • Startup sequenced CR-ROM, Floppy Disk, Hard-Disk • Dan lain-lain ……
CMOS &
BICMOS
CMOS & BICMOS Complementary Metal Oxide Semiconductor Bipolar Complementary Metal Oxide Semiconductor (Pentium 4 ke atas) Antara fungsi :Menyimpan maklumat berapa saiz memory, muatan hard-disk track, selinder, cdrom drive, floppy drive dll. Bateri menyediakan power untuk CMOS atau BICMOS menyimpan maklumat. Jika bateri lemah setiap kali switch-on komputer mestibuat cmossetup. Bateri ini juga menyediakan power untuk jam (clock system). Date & Time.
Memory DDRAM
Nota : Speed msec, muatan 16,32,64,128,256,512,1024 mbytes Terkini dalam pasaran Pentium 4 berapa PIN 184 ?

Memory SDRAM
PC66 mhz, PC100Mhz PC133 & PC800 MHZ UNTUK P4 MOTHERBOARD apa beza dengan DDRAM ?

168 pin
Memory RAM 30-pin CPU 8018,80-286,80-386
ALATAN STORAN
Definisi : Storan bermaksud cara komputer menyimpandata dan arahan
• • • • • • • • Floppy Disk/Cakera liut Hard Disk/Cakera keras CD/Optical Disk/Cakera optik Magnetic Tape/Pita magnet Paper Tape/Pita Kertas Barcode label RFID tag PenDrive
MULTIMEDIA PC
1. Multimedia adalah teknologi yang mengabungkan teknologi video, bunyi dankomputer ( CD-TV ). Anda dapat menikmati gambar yang bermutu dan bunyi serta suara yang jelas daripada teknologi ini. 2. Kini kemudahan multi-media digunakan secara meluas dalam penyampaian maklumat, hiburan dan permainan computer. 3. Sistem multimedia memerlukan sekurang-kurangnya sistem Pentium 100 atau sistem yang setanding dengannya atau lebih. Ingatan sekurang-kurangnya 16 MB dan ruang cakera keras sekurang-kurangnya 500 MB.
MULTIMEDIA PC
PERISIAN (SOFTWARE)
DEFINISI PERISIAN
1. Sekumpulan arahan untuk mengawal, mengurus dan menyokong aktiviti dan sistemkomputer.2. Arahan-arahan yang lengkap dalam bentuk aturcara dan prosedur yang mengawal, mengurus dan menyokong sistem komputer serta aktiviti-aktiviti pemprosesan maklumat.
PERISIAN (SOFTWARE)
Jenis-jenis Perisian :
1. Sistem Operasi dan Utiliti cth :Windows, LINUX 2. Aplikasi Cth:Word, Spreadsheet, Database, Graphics, CAD 3. Permainan dan hiburan 4. Multimedia
PERISIAN SUMBER TERBUKA
Open Source (OS) atau Perisian Sumber Terbuka
adalah perisian yang kod-kod sumbernya boleh dikongsikan bersama tanpa ikatan hakcipta yang ketat. Secara ringkasnya kodkod dan perisian sumber terbuka boleh dimiliki, dilihat, diubah dan disebarkan semula kepada umum asalkan ia mematuhi hakcipta asal sumber terbuka. Contoh :
UNIX VMSP (mainframe) VSE (mainframe) PC DOS (single user) Novell Netware (network) Linux (network)
~OS ialah satu perisian khas yang menjadi perantara (interface) antara penguna dan perisian aplikasi dengan perkakasankomputer.~

Tuesday, September 21, 2010

MAKSUD KOMPUTER DAN PENGKELASAN KOMPUTER DARI SEGI SISTEM

Maksud Komputer dan sejarahnya

Seseorang pemilik komputer peribadi perlu mengenali komponen-komponen komputernya yang berlainan. Pengetahuan mengenai nama, bentuk fizikal serta fungsi komponen-komponenkomputer peribadi akan membantu seseorang apabila dia berhadapan dengan masalah atau ketika menggunakan komputer peribadi yang lain. Pengetahuan ini juga akan menjadikan seseorang itu lebih yakin apabila menggunakan komputer multimedia, apatah lagi sekiranya komputer itu bukanlah yang sering digunakan olehnya sebelum ini, lebih khas lag,i bagi guru-guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.



Pada asalnya, perkataan komputer bermaksud pengira. Pengira bertugas untuk melakukan pengiraan matematik sama ada dengan bantuan alat mekanik atau tidak. Seterusnya, hasil kiraan dialihkan ke mesin. Pada asalnya, tugas "komputer" hanyalah khusus kepada penyelesaian matematik, tapi komputer moden digunakan untuk pelbagai tugas lain yang tidak berkaitan dengan matematik.

Definisi

Takrif asal "komputer", seperti yang disebut di atas, hanya merangkumi peralatan khusus yang boleh mengira satu fungsi atau berbilang fungsi yang terhad. Sekiranya mengambil kira komputer moden, salah satu ciri yang membezakannya dengan komputer awal ialah: sekiranya dimasukkan dengan perisian-perisian yang sesuai, komputer moden berkemampuan untuk meniru sebarang pengiraan. Namun kemampuan ini dibatasi oleh pemuatan storan, ingatan capaian rawak (RAM) serta kelajuan pemprosesan. Dalam erti kata lain, kemampuan ini boleh digunakan sebagai ujian untuk membezakan komputer "serba-guna" dengan komputer awal yang hanya khusus untuk tugas tertentu. Komputer juga boleh ditakrifkan sebagai satu sistem yang mengendalikan simbol-simbol elektronik dengan pantas dan tepat dan direka khas untuk menerima, memproses, menyimpan dan mengeluarkan hasil keluaran.

Penggunaan komputer

Pada awalnya, komputer digit elektronik, dengan saiz dan kosnya yang besar, hanya digunakan untuk pengiraan saintifik, selalunya untuk tujuan ketenteraan, contohnya ENIAC.


Komputer terbenam

Dalam masa 20 tahun ini, kebanyakan peralatan rumah, seperti konsol permainan video sehingga telefon bimbit, perakam kaset video (VCR), PDA, dan banyak lagi; jentera industri, kenderaan, dan alat elektronik lain; kesemuanya mengandungi litar komputer yang Turing-sempurna. Komputer yang digunakan dalam peralatan untuk fungsi tertentu, dikenali sebagai "mikropengawal" atau "komputer terbenam". Komputer jenis ini hanya berfungsi untuk memproses maklumat tertentu sahaja.

. PENGENALAN
Penggunaan komputer pada masa kini telah menjadi seperti sebahagian dari hidup kita. Perjalanan dan tugas seharian menjadi semakin mudah dan tanpa disedari kita semakin bergantung kepada mesin yang kita panggil komputer ini. Begitu juga dengan tanggungjawab dan beban kerja di pejabat, di mana maklumat-maklumat perlulah dihantar dengan cepat dan pantas bagi mengelakkan berlakunya kerugian atau sebarang kebocoran maklumat. Contohnya, ahli-ahli perniagaan, penghantaran maklumat yang pantas dan selamat berupaya menghasilkan keuntungan yang berlipat-ganda.
Di bidang pendidikan pula, gabungan di antara penggunaan komputer dengan dengan teknologi telekomunikasi telah menghasilkan apa yang kita kenali sebagai Teknologi Maklumat.
Teknologi Maklumat telah berperanan sebagai asas untuk menyimpan maklumat, mengolah maklumat, menyalur dan mengedarkan maklumat di dalam pelbagai bentuk dan cara. Bahan atau maklumat tersebut dapat disalurgunakan sama ada di dalam bentuk teks, gambar, grafik, suara, animasi, dan video, atau gabungan kesemua unsur secara interaktif yang juga dikenali sebagai Multimedia. Semua bahan dapat disalurgunakan dengan menggunakan teknologi terkini, sama ada dengan rangkaian (networking), intranet dan internet.
 Proses pengajaran-pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik iaitu:
1. berbantukan komputer dan perisian
2. melalui sistem rangkaian (networking), perisian dan pangkalan data atau maklumat atau
3. melalui sistem internet, perisian dan pangkalan data.
Melalui maklumat yang diperolehi di atas, bolehlah kita simpulkan bahawa Sistem Rangkaian Komputer (Networking) turut memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya di dalam era teknologi maklumat terkini. Sistem rangkaian komputer merupakan sistem komputer yang berpaut bersama dengan terminal dan peralatan persisian yang lain melalui talian komunikasi. Rangkaian membenarkan pengguna yang berada pada kedudukan taburan geografi yang pelbagai untuk berkongsi aturcara, data dan peralatan. Teknologi rangkaian komputer ini yang pada awalnya hanya digunakan di kalangan masyarakat teknologi serta mereka yang gemar mencuba teknologi yang baru, tetapi kini menjadi antara teknologi yang mendapat penerimaan luas di kalangan masyarakat.
Tidak keterlaluan jika kita mengatakan teknologi rangkaian sebenarnya membuka suatu dimensi baru di dalam pengunaan komputer peribadi. Pengguna yang baru mengenali teknologi rangkaian seringkali tertanya-tanya mengenai kelainan dan ciri perbezaan yang dibawa oleh teknologi rangkaian kepada dunia perkomputeran. Sebelum teknologi rangkaian diperkenalkan serta digunakan secara meluas, kebanyakan komputer peribadi lebih berfungsi sebagai sebuah komputer tunggal. Pertamanya, ia tidak dirangkaikan iaitu disambungkan dengan mana-mana komputer yang lain. Oleh yang demikian, komputer tersebut hanya berupaya menggunakan sumber yang  disediakan serta terdapat pada komputer tersebut sahaja. Dalam erti kata lain, pengguna tersebut hanya dapat menggunakan perisian serta perkakasan yang terdapat serta disambungkan kepada komputer tersebut sahaja.
Sebelum wujudnya Sistem Rangkaian Komputer, pengguna yang ingin berkongsi perisian ataupun fail di dalam persekitaran komputer tunggal terpaksa menggunakan media storan yang boleh dialihkan seperti disket. Namun begitu, kehadiran teknologi rangkaian komputer membolehkan apa yang suatu ketika dahulu dianggap mustahil menjadi kenyataan yang menguntungkan, menyeronokkan dan merealisasikan impian ramai pengguna.
2. TAKRIF
 Sistem Rangkaian (Networking) boleh ditakrifkan sebagai lebih daripada satu hardware yang terdapat di dalam Teknologi Maklumat dipisahkan secara fizikal kedudukannya tetapi disambung atau dirangkaikan dari segi operasinya. Ini bererti, Sistem Rangkaian Komputer (Computer Networking) merupakan satu sistem komputer yang mengandungi dua atau lebih komputer yang dihubungkan di antara satu sama lain melalui sistem pengoperasian yang selaras walaupun komputer-komputer tersebut berada di tempat-tempat yang berbeza.
MANFAAT RANGKAIAN
 Wujudnya Sistem Rangkaian Komputer telah memberikan beberapa manfaat yang besar kepada penguna-penggunanya. Melalui rangkaian ini, pengguna boleh berkongsi menggunakan perisian serta fail. Perkongsian , penyalinan serta penghantaran perisian serta fail dapat dilaksnakan secara talian. Ini bermakna pengguna tidak perlu menghabiskan sumber kewangan yang besar untuk membelikan perisian untuk setiap unit komputer mereka. Pengguna hanya perlu membeli sebuah perisian versi rangkaian contohnya LAN Version sudah memadai untuk semua komputer yang terdapat di dalam rangkaian tersebut menggunakannya.
Pengguna juga boleh berkongsi data atau perisian pada masa yang serentak contohnya tiga orang pekerja di dalam suatu jabatan, bekerja dengan menggunakan hamparan helaian yang sama. Keupayaan ini khususnya berguna di dalam kes pangkalan data, yang perlu dicapai dan ditukar oleh beberapa orang di dalam satu organisasi.
Selain daripada itu ialah kemampuan para pengguna rangkaian berhubung serta berkomunikasi di antara satu sama lain. Pengguna juga boleh bertukar-tukar mesej atau pesanan melalui komputer melalui proses yang dikenali sebagai mel eletronik serta perisian “chat” di dalam persekitaran rangkaian turut membolehkan sesebuah pejabat serta tempat kerja berkomunikasi serta berhubung di antara satu sama lain. Malah, penghantaran memo serta dokumen di dalam sesebuah syarikat yang kelazimannya merupakan budaya serta kaedah kerja di dalam sesebuah pejabat atau syarikat sudah menjadi tidak relevan serta berguna lagi.
Sistem Rangkaian Komputer turut membenarkan beberapa komputer berkongsi perkakasan yang sama contohnya mesin pencetak, pengimbas, CD ROM dan kelengkapan faks yang mahal. Contohnya, sebuah pejabat yang mempunyai dua puluh buah komputer, tidak perlu mendapatkan dua puluh buah mesin pencetak untuk membolehkan mereka melakukan tugas cetakan mereka. Sebuah mesin pencetak yang disambungkan kepada mana-mana komputer peribadi di dalam rangkaian tersebut akan dapat dikongsi bersama oleh komputer-komputer peribadi di dalam sitem rangkaian tersebut.
Konsep rangkaian juga tidak terhad kepada satu-satu lokasi atau perniagaan sahaja. Internet sebagai contoh, satu daripada beberapa rangkaian yang ada, berupaya menghubungkan pengguna komputer dari merata pelusuk dunia. Pengguna boleh menjalankan atur cara komputer dari benua lain dan boleh mencipta “halaman rerumah” (homepage) supaya berjuta-juta orang yang tidak dikenali boleh membacanya.
Internet juga membolehkan pelajar-pelajar khasnya serta pengguna-pengguna amnya mencari pelbagai variasi maklumat yang mereka inginkan mengenai apa-apa sahaja dari mana-mana sudut dunia dengan hanya melayari dunia internet. Satu kelebihan lagi ialah segala maklumat yang mereka inginkan itu akan mereka dapati di dalam jangkamasa yang singkat sahaja.
3. JENIS-JENIS RANGKAIAN
 Jenis-jenis rangkaian sebenarnya ditakrifkan mengikut lingkungan geografi sesuatu rangkaian itu. Selain daripada itu, perbezaan di antara skema rangkaian-rangkaian tersebut turut melibatkan jarak dan orientasi. Biasanya, ia berorientasikan kerangka pusat dan menggunakan talian telefon atau bergantung kepada geganti gelombang mikro untuk menghantar data. Terdapat tiga jenis rangkaian komputer yang asas iaitu:
1. Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network - LAN)
2. Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network - MAN)
3. Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network - WAN)
RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN)
 Rangkaian jenis LAN ini biasanya terhad kepada batasan geografi yang kecil misalnya rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan, sekolah, pejabat atau kampus. Fungsi asas LAN sebagai satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer di dalam kawasan yang terhad seperti di dalam kampus universiti, di dalam sesebuah bangunan dan di dalam bilik serta kerapkali dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minikomputer. Namun begitu, jarang sekali rangkaian LAN meliputi kawasan yang  lebih daripada satu batu jaraknya.Komputer-komputer ini dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah seperti kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik, talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio.
 Setiap topologi perlu melaksanakan kerja yang sama. Situasi yang paling biasa ditemui oleh rangkaian ialah mesej dari satu komputer ke satu komputer yang lain atau arahan supaya menjalankan atur cara yang tersimpan di dalam rangkaian. Data atau atur cara yang diminta oleh mesej mungkin disimpan pada komputer yang digunakan oleh seseorang rakan sekerja dalam rangkaian atau pada pelayan fail (server), suatu komputer khusus. Pelayan fail biasanya adalah merupakan komputer berkuasa tinggi dan mempunyai pemacu cakera keras yang tidak digunakan secara eksklusif oleh individu pada rangkaian itu serta cakera padat (CD drive). Pelayan fail juga seharusnya mempunyai storan semua perisian yang mengawal pengurusan sesuatu sistem rangkaian itu.
Selain daripada itu, pelayan fail wujud hanya untuk melayan semua komputer lain yang berada di dalam sistem rangkaian tersebut. Komputer-komputer yang disambung kepada pelayan fail dikenali sebagai stesen kerja (workstations). Stesen kerja tidak semestinya berkuasa tinggi seperti pelayan komputer namun begitu, komputer-komputer tersebut boleh mempunyai perisian tambahan pada cakera keras masing-masing. Manakala, setiap satu komputer yang menggunakan khidmat pelayan fail dikenali sebagai pelanggan (client). Pencetak boleh juga disambung kepada rangkaian supaya ia boleh dicapai oleh semua pelanggan LAN.
Untuk menggunakannya, rangkaian mestilah menerima permintaan daripada komputer individu atau nod yang dihubungkan pada rangkaian dan ia mestilah mempunyai cara untuk mengendalikan permintaan serentak bagi perkhidmatannya. Sebaik sahaja komputer mendapat perkhidmatan rangkaian, ia haruslah mempunyai cara untuk menghantar mesej dari satu komputer kepada komputer yang lain supaya ia hanya menuju kepada nod yang diperlukan dan tidak muncul di komputer yang lain.
Rangkaian pula mestilah melakukan semua ini secepat mungkin sambil memberi perkhidmatannya secara serata mungkin mengikut giliran di antara nod lain di dalam LAN.
Terdapat tiga jenis rangkaian topologi yang biasa digunakan di dalam tatarajah LAN bagi rangkaian pelanyan-pelanggan. Rangkaian-rangkaian tersebut ialah:
1. Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)
2. Topologi Bintang (Star) atau Labah-labah (Spider)
3. Topologi Gelang Token (Token Ring)
4. RANGKAIAN KAWASAN METROPOLITAN (MAN)
 Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network-MAN)  lazimnya meliputi suatu kawasan geografi yang agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN. Rangkaian MAN biasanya beroperasi di bandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah daerah. Dengan menjalankan suatu rangkaian perhubungan yang sederhana besarnya di dalam lingkungan susun atur geografi yang besar, informasi dan maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan.
 Perpustakaan-perpustakaan awam dan agensi-agensi kerajaan biasanya gemar menggunakan MAN untuk berhubung dengan warga setempat dan pihak pengurusan sektor swasta. Satu contoh penggunaan MAN ialah di Pasco County yang terletak di Florida, Amerika Syarikat. Rangkaian MAN di sini dikenali sebagai ‘the MIND Network’ yang mana rangkaian tersebut berfungsi menghubungkan semua pusat media Pasco  kepada komputer kerangka utama berpusat (centralized mainframe) yang terletak di pejabat daerah dengan menggunakan talian telefon, kabel koaksial, alat perhubungan tanpa tali (wireless communications providers).
Di dalam bidang perniagaan contohnya, satu komputer peribadi menghantar data kepada satu minikomputer atau kerangka utama. Oleh kerana, komputer-komputer yang lebih besar atau berkuasa tinggi sememangnya direka sebagai pelayan (server), ia berfungsi membenarkan mana-mana laluan masuk sesebuah terminal, sesebuah komputer peribadi itu boleh berkomunikasi dengan sebuah minikomputer atau kerangka utama.
Ini akan hanya berlaku jika komputer peribadi tersebut boleh bersaing atau menyerupai sebuah terminal. Oleh yang demikian, rangkaian ini akan berjaya apabila komputer peribadi itu dilengkapkan dengan terminal emulation software. Komputer yang lebih besar itu kemudiannya mengtanggapi komputer peribadi atau stesen kerja itu sebagai satu pengguna lain di dalam rangkaian perantaraan komunikasi input-output.
 Apabila komputer yang lebih kecil disambungkan ke komputer ke komputer yang lebih besar, perhubungannya dirujuk sebagai perhubungan mikro-ke-kerangka utama. Komputer besar di mana terminal atau komputer peribadi disambungkan dikenali sebagai komputer hos. Jika sebuah komputer peribadi itu digunakan sebagai terminal, perisian memindahkan fail (file transfer software) membenarkan pengguna untuk memindahkan fail (download) dari hos ataupun menghantar data ke hos (upload). Download file bererti membuka dan mengambil data dari sebuah komputer peribadi yang lain dan menghantar data ke komputer yang berkenaan yang diminta oleh pengguna. Upload file pula bererti pengguna membuka fail data dan menghantarkannya ke sebuah komputer yang lain.
5. RANGKAIAN KAWASAN LUAS (WAN)
 Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network – WAN) menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografinya, contohnya menghubungkan Florida, Amerika Syarikat dengan dunia.
 Rangkaian WAN berupaya menghubungkan sekolah-sekolah di Florida dengan tempat-tempat lain di dunia contohnya Tokyo dalam hanya beberapa minit sahaja, tanpa perlu menyediakan sejumlah wang yang besar untuk membayar bil telefon. Namun begitu, rangkaian WAN ini agak rumit dan kompleks. Ia memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian sebelum membolehkan rangkaian setempat dan metropolitan berhubung dengan komunikasi secara global dan antarabangsa seperti Internet. Secara lahirnya, rangkaian WAN kelihatan hampir serupa dan tidak banyak bezanya dengan LAN atau MAN.
 Rangkaian Kawasan Luas yang tipikal memgabungkan dua atau lebih Rangkaian Kawasan Setempat dan biasanya melibatkan suatu kawsan geografi yang luas. Contohnya, satu syarikat yang mempunyai ibu pejabat di suatu tempat, kilang di suatu tempat yang lain dan gabungan pemasaran di suatu kawasan yang agak jauh dari kedua-dua kawasan tersebut.
6. TOPOLOGI RANGKAIAN
 Topologi rangkaian merujuk kepada bagaimana komputer-komputer tersebut disambungkan secara pemetaan.Topologi rangkaian terbahagi kepada dua jenis iaitu topologi fizikal dan topologi logikal.
Topologi fizikal bagi suatu rangkaian merujuk kepada konfigurasi yang terdapat pada kabel, komputer dan lain-lain periferal (peripherals). Topologi logikal pula merupakan kaedah yang digunakan untuk memindahkan informasi atau maklumat di antara satu komputer dengan satu komputer yang lain yang terdapat di dalam stesen kerja.Berikut adalah di antara jenis-jenis topologi yang utama:
1. Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)
2. Topologi Bintang (Star)
3. Topologi Gelang Token (Token Ring) atau Bintang Cecincin (Star-Wired Ring)
4. Topologi Pepohon (Tree)
5. Topologi Hierarki
TOPOLOGI BAS ATAU LINEAR BAS (BUS OR LINEAR BUS)
Suatu Topologi Linear Bas mengandungi kabel yang menjadi tunggak utama dan penyambung `nyawa’ kepada komputer-komputer yang terdapat di dalam rangkaian ini. Ia selalunya digunakan di dalam persekitaran yang menggunakan wayar koaksial. Kabel-kabel ini mempunyai satu titik permula serta penutupnya (terminator)  yang dipasang pada kedua-dua penghujung awal dan akhir kabel tersebut. Di antara kedua titik inilah komputer peribadi atau komputer pelayan dirangkaikan di antara satu sama lain. Semua nod ( fail pelayan, stesen kerja dan periferal) adalah disambung kepada kabel linear tersebut. Di antara rangkaian-rangkaian yang menggunakan topologi Linear Bas ialah Ethernet dan LocalTalk.
KAEDAH TOPOLOGI LINEAR BAS BEKERJA
Semua nod pada Bas, Ethernet atau mana-mana rangkaian disambungkan kepada LAN sebagai cabang daripada talian umum. Setiap nod mempunyai alamat atau tanda pengenalan yang unik dan berbeza di antara satu sama lain. Kad rangkaian yang dipasangkan di dalam nod sebuah komputer lain, pelayan fail, atau pelayan pencetak, mendengar untuk memastikan bahawa tiada isyarat sedang dihantar di sepanjang rangkaian. Kemudian ia akan menghantar mesej ke peranti lain dengan memberinya kepada penghantar-terima, biasanya pada kad tambah. Setiap nod mempunyai penghantar-terimanya sendiri.
 Penghantar-terima akan menyiarkan mesej di dalam kedua-dua arah supaya ia sampai ke semua nod lain di dalam rangkaian. Mesej yang disampaikan termasuklah alamat destinasinya, sumber mesej tersebut, bingkisan pemeriksaan ralat, data-data atau maklumat. Setiap nod yang terdapat di sepanjang bas memeriksa maklumat alamat yang terkandung di dalam mesej. Nod di mana mesej tidak dialamatkan, tidak akan diberi sebarang perhatian. Apabila nod mengesan alamatnya sendiri di dalam mesej, nod akan membaca data, memeriksa ralat, dan menghantar pemakluman kepada penghantar, dengan menggunakan alamat penghantar, yang disertakan sebagai sebahagian daripada mesej.
 Apabila dua nod menghantar mesej secara serentak, pelanggaran di antara dua mesej membentuk corak gangguan elektrik yang boleh dikesan bergerak sepanjang bas oleh penghantar.
 Penghantar pertama yang mengesan perlanggaran menghantar isyarat khas untuk menyekat rangkaian supaya semua nod akan tahu rangkaian telah disekat. Penghantaran dari semua nod akan terhenti, setiap nod menunggu secara rawak bagi satu tempoh masa sebelum cuba untuk menghantar semula mesejnya. Proses ini mengulang sehingga satu daripada nod menghantar mesejnya tanpa bertembung dengan mesej nod lain.
KEBAIKAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN LINEAR BAS
KEBAIKAN LINEAR BAS
1. Mudah menyambungkan sesebuah komputer atau periferal kepada sesebuah
    topologi Linear Bas.
2. Topologi ini amat mudah, murah serta senang untuk dikendalikan.
KEKURANGAN LINEAR BAS
1. Sebarang masalah pada mana-mana nod pada rangkaian tersebut berupaya
    menjadikan keseluruhan rangkaian tersebut gagal berfungsi.
2. Titik permula atau penutup diperlukan pada kedua-dua penghujung tulang
    belakang kabel tersebut.
3. Sukar untuk mengenali permasalahan yang dihadapi jika keseluruhan sistem
    rangkaian itu gagal berfungsi.
4. Tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya jalan penyelesaian rangkaian utama
    di dalam sesebuah bangunan yang besar.
7. TOPOLOGI BINTANG (STAR) ATAU LABAH-LABAH (SPIDER)
 Selain daripada topologi bas, turut merupakan topologi yang agak popular ialah topologi bintang. Topologi ini adalah juga topologi yang seringkalinya digunakan di dalam persekitaran rangkaian yang berasaskan kepada penggunaan komputer pelayan-pelanggan (client-server). Persekitaran rangkaian berasaskan kepada topologi ini adalah bentuk topologi yang menjadi pilihan di kalangan pengguna rangkaian yang serius. Segmen industri khususnya syarikat multinasional, pusat pengajian tinggi awam, sektor pembuatan dan sebagainya selalunya selesa serta menggemari topologi ini.
Di antara ciri-ciri penting topologi ini serta sekaligus perbezaannya dengan topologi bas ialah penggunaan perkakasan yang dikenali sebagai hab. Hab ini merupakan perkakasan pusat yang berfungsi sebagai penyambung kepada komputer induk iaitu komputer pelayan. Manakala komputer peribadi iaitu nod-nod yang terdapat pada rangkaian tersebut akan bersambung pula kepada hab. Kaedah serta fungsi topologi ini beroperasi juga berbeza sedikit dengan kaedah operasi topologi bas. Ini adalah apabila sesebuah nod atau komputer peribadi pada rangkaian tersebut menghantar mesej serta isyarat, ia akan dihantar dahulu kepada hab.
Hab pula akan terlebih dahulu memprosesnya dan kemudian menghantar secara terus kepada komputer peribadi serta nod destinasi.Topologi ini juga agak stabil serta mudah diurus. Oleh kerana ia berteraskan kepada penggunaan hab, kerosakan pada mana-mana nod serta komputer peribadi tidak akan memberikan kesan kepada keseluruhan rangkaian tersebut. Namun, jika ada masalah pada hab anda, alamatnya bermasalahlah rangkaian tersebut.
KAEDAH TOPOLOGI BINTANG ATAU LABAH-LABAH BEKERJA
 Rangkaian ini terdiri daripada satu komputer hos yang disambungkan kepada satu atau lebih komputer yang kecil. Di dalam sistem seperti ini,  semua komunikasi mestilah melalui komputer hos sebelum bergerak ke satelit jauh yang sesuai. Apabila nod di dalam tatarajah rangkaian disambungkan kepada talian secara berasingan, kesemua nod-nod tersebut akan menghala ke hab yang sama atau ke stesen pusat. Stesen pusat lazimnya mengandungi suis untuk menyambungkan sebarang talian dengan sebarang talian yang lain. Nod akan menghantar mesej alamat nod di mana mesej itu hendak ditujukan berserta kod pemeriksaan dan ralat ke pusat stesen.
Walau bagaimanapun, lebih daripada satu nod dibenarkan untuk mengeluarkan mesej secara serentak. Stesen pensuisan kemudiannya akan meninjau setiap nod yang disambungkan kepadanya dengan tetap dan teratur. Dengan mengambil giliran untuk membuka dan menutup suis, stesen turut berfungsi bagi mengelakkan sebarang mesej daripada berlanggar. Bagi mengelakkan sebarang nod daripada memonopolikan rangkaian tersebut, stesen pensuisan akan hanya membenarkan sebahagian kecil daripada mesej melalui suis pada setiap kali. Mesej lain perlulah menunggu giliran sehingga stesen bersedia untuk menerima dan melayannya.
KEBAIKAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN TOPOLOGI BINTANG ATAU LABAH-LABAH
KEBAIKAN TOPOLOGI BINTANG
1. Mudah untuk ditempatkan (install) dan dipasang kabel (wiring)
2. Rangkaian tidak akan terganggu apabila salah satu daripada peranti atau periferal
    disambung atau dialih.
3. Mudah untuk mengesan kesilapan dan kecacatan yang berlaku dan memindahkan
    perkakasan yang rosak.
KEKURANGAN TOPOLOGI BINTANG
1. Memerlukan kuantiti kabel yang lebih panjang berbanding dengan topologi bas.
2. Jika hab atau concentrator gagal berfungsi, nod juga turut gagal untuk
    menjalankan tugasnya.
3. Kos yang diperlukan adalah lebih tinggi berbanding dengan topologi bas kerana
    melibatkan kos concentrators yang agak mahal.
4. Apabila komputer hos rosak, semua komputer akan terjejas dan menyebabkan
    kehilangan besar kuasa pengkomputeran.
TOPOLOGI GELANG TOKEN (TOKEN RING) ATAU BINTANG CECINCIN (STAR-WIRED RING)
Jenis topologi ini tidaklah sebegitu popular sebagaimana topologi bas dan topologi bintang. Rangka reka bentuk jenis topologi ini seolah menyamai sebuah bebulat. Ini adalah kerana setiap nod serta komputer peribadi akan disambungkan pula kepada komputer peribadi serta nod seterusnya iaitu nod yang bersebelahan dengannya. Di dalam topologi ini, nod serta komputer peribadi yang terdapat pada rangkaian tersebut amat bergantung di antara satu sama lain. Jika sesebuah komputer itu rosak ataupun tidak bermasalah, seluruh rangkaian tersebut tidak akan dapat berfungsi.
 Walaupun topologi ini seakan-akan ada persamaan dengan topologi bas, namun ia juga mempunyai perbezaannya yang tersendiri. Di antara perbezaanya ialah kaedah mesej serta isyarat dihantar. Jika topologi berasaskan bas menghantar mesej secara dua hala, topologi ini pula menghantar secara sehala. Ini bermakna ia akan melalui setiap nod serta komputer peribadi yang terdapat di dalam rangkaian tersebut sehingga sampai kepada komputer destinasi. Kelebihan pada topologi ini adalah aspek kos topologi ini yang selalunya lebih murah jika dibandingkan dengan kos untuk membangunkan rangkaian menggunakan topologi-topologi yang lain. Namun ia tidaklah sebegitu digemari kerana adalah sukar untuk menambah upaya sesebuah rangkaian yang menggunakan topologi seumpama ini.
BAGAIMANA TOPOLOGI GELANG TOKEN ATAU BINTANG CECINCIN BEKERJA
 Rangkaian gelang ini terdiri daripada beberapa sistem komputer yang berpaut secara bersiri di antara satu sama lain, tanpa komputer hos pusat. Komunikasi hanya boleh dilakukan secara terus antara sistem-sistem satelit. Semua nod pada rangkaian gelang token disambungkan kepada litar yang sama, yang membentuk gegelung selanjar. Token, yang mengandungi mesej pendek (walaupun semuanya kosong), beredar secara berterusan di sekeliling gegelung dan dibaca melalui kad penyesuai gelang token pada setiap nod ketika token lalu.
 Nod yang hendak menghantar mesej menyambar token semasa ia lalu, dan mengubah kod perduaan di dalam token untuk mengumumkan bahawa ia sedang digunakan. Ia turut menyertakan mesej nod bersama-sama dengan alamat nod yang ditujukan dan kod pemeriksaan ralat. Hanya satu mesej sahaja pada setiap kali perjalanan yang boleh diedarkan pada rangkaian.
 Disebabkan rintangan elektrik yang merupakan sebahagian daripada sebarang litar akan secara beransur-ansur menghilangkan token dan mesejnya yang disertakan, setiap nod mengandungi pengulang yang menjana semula keseluruhan mesej untuk mengekalkan kekuatan dan integriti data.
 Setiap nod akan memeriksa token semasa ia berlalu untuk melihat sama ada token mengandungi alamat nod. Mesej yang dimaksudkan untuk nod membuat salinan mesej dan kemudian meneruskan penghantarannya di sepanjang gelang. Mesej akhirnya kembali ke nod asal, yang kemudian membuang mesej tersebut dan mengembalikan isyarat, yang mana kesemuanya kosong sama seperti keadaan asalnya.
KEBAIKAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN TOPOLOGI GELANG TOKEN ATAU BINTANG CECINCIN
KEBAIKAN TOPOLOGI GELANG TOKEN
1. Jika komunikasi terputus di antara dua sistem bersebelahan, satu lintasan
    alternatif di antara dua tempat ini boleh digunakan.
2. Mudah ditempatkan (install) dan dikabelkan (wiring).
3. Mudah mengesan kecacatan dan kesilapan peralatan dan mudah untuk
    mengasingkan perkakasan yang berkenaan.
KEKURANGAN TOPOLOGI GELANG TOKEN
1. Memerlukan kabel yang lebih panjang sama seperti topologi bintang.
2. Jika hab atau concentrator gagal berfungsi, nod berkenaan juga turut gagal
    berfungsi.
 Walaupun Topologi Gelang Token kelihatan serupa pada zahirnya dengan topologi bintang, namun begitu sebenarnya Topologi Gelang Token telah dilengkapi dengan MAU ( multistation access unit) yang mengandungi kabel dan pendawaian yang membenarkan topologi ini menghantar informasi atau maklumat dari satu peranti ke satu peranti yang lain di dalam bentuk bulatan (in a circle).
TOPOLOGI PEPOHON (TREE)
 Topologi ini merupakan kombinasi karektor-karektor dari topologi-topologi bas dan bintang. Ia mengandungi beberapa kumpulan stesen kerja berbentuk bintang yang dirangkaikan dengan kabel yang menjadi tulang belakang (backbone) kepada suatu topologi berbentuk topologi bas. Topologi  Pepohon ini membenarkan suatu perluasan atau pengembangan bentuk dari suatu rangkaian yang telah wujud dan ini turut membolehkan sekolah-sekolah menyelaraskan satu rangkaian yang memenuhi kehendak mereka.
KEBAIKAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN TOPOLOGI PEPOHON
KEBAIKAN TOPOLOGI PEPOHON
1. Mempunyai titik-ke-titik perkabelan untik setiap invidu segmen.
2. Disokong oleh beberapa perkakasan dan perisian yang pelbagai iaitu saling
    melengkapi di antara satu sama lain.
KEKURANGAN MENGGUNAKAN TOPOLOGI PEPOHON
1. Secara keseluruhan, panjang setiap segmen adalah terhad mengikut jenis kabel
    yang digunakan.
2. Jika tulang belakang atau kabel utama mengalami kerosakan, keseluruhan
    segmen tersebut turut lumpuh dan gagal untuk beroperasi.
3. Lebih sukar dari segi pembinaan dan perkabelan berbanding dengan
    topologi-topologi yang lain.
ATURAN 5-4-3
 Satu perkara yang perlu dipertimbangkan semasa membina rangkaian topologi pepohon melalui penggunaan protokol Ethernet ialah Aturan 5-4-3. Satu aspek di dalam protokol Ethernet memerlukan satu isyarat dihantar keluar melalui kabel rangkaian dan melalui setiap bahagian di dalam rangkaian di dalam jangkamasa yang spesifik. Setiap concentrator atau pengulang (repeater) yang dilalui oleh isyarat telah menambahkan bilangan masa lagi. Ini membawa kepada penetapan di mana, apabila terdapat dua nod di dalam rangkaian, hanya sebanyak 5 segmen sahaja yang dibenarkan pada tahap maksima.
Kemudian,  5 segmen tersebut disambungkan melalui 4 pengulang (repeaters) atau concentrators. Sebagai tambahan, hanya 3 daripada segmen tersebut yang boleh diperkembangkan hanya jika ia dibuat daripada kabel koaksial.
Satu perkembangan segmen bermaksud satu segmen yang mengandungi satu atau lebih nod yang disambungkan kepadanya. Walau bagaimanapun, peraturan ini tidak boleh diikuti oleh protokol rangkaian yang lain  atau protokol Ethernet bila mana kesemua kabel yang digunakan adalah kabel fiber optik.
TOPOLOGI HIERARKI
 Rangkaian hierarki ini mengagihkan sumber ke seluruh organisasi mengikut keperluan sesuatu peringkat pengurusan. Peringkat yang terendah ialah peringkat pengguna yang kuasa pengkomputeran mereka dibekalkan hanya untuk kerja-kerja rutin sahaja. Peringkat ini dipautkan kepada peringkat yang lebih tinggi daripadanya dan kepada sistem maklumat yang berkaitan. Rangkaian hierarki ini menggunakan komputer kecil yang dimasukkan ke dalam komputer pusat yang lebih besar. Walaupun setiap kaki pada hierarki ini boleh dikendalikan sendiri, kesemuanya dikawal oleh sistem utama.
TIMBANG TARA YANG PERLU SEMASA MEMILIH TOPOLOGI
 Terdapat beberapa pertimbangan yang perlu diambil kira sewaktu hendak memilih sesuatu topologi. Di antara kriteria-kriteria tersebut ialah:
1. Kewangan
Topologi linear bas mungkin lebih murah jika dibandingkan dengan topologi-topologi yang lain tambahan pula topologi bas tidak memerlukan concentrator.
2. Kabel
Rangkaian bertatarajah topologi bas memerlukan kabel yang kurang panjang berbanding topologi yang lain.
3. Manfaat Jangka panjang
Apabila menggunakan topologi bintang, rangkaian dapat diperkembangkan dengan menambahkan satu lagi concentrator.
4. Jenis kabel
Kabel yang paling popular digunakan di sekolah ialah kabel pasangan berpintal tidak berlapik (unshielded twisted pair – UTP)